Sunday, December 14, 2008

Bila mata bertemu mata

Lumrah azimat cinta yang berlunas nafsu, dari matalah ia memandang dengan serakah nafsunya yang bergelora. Nas-nas cinta itu di olok-oloknya, dicemari dengan kebuasan hati yang busuk lagi keji. Mahu sahaja dihancurkannya jiwa yang suci tadi dengan kalimat sihir Syaitan Durjana. Bagaikan kejora yang jatuh menghempap bumi. Hancur luluh seluruh genap pelosok yang digelosorinya. Bias-biasnya terus menerus menghancuri permukaan itu. Hanya tinggal sisa-sisa yang hangus menjadi hitam legam. Kelam sahaja kelihatan. Hati itu sudah dikotori dengan azimat sihir syaitan durjana.

"wah...sangkaanku tepat, dia di sini rupanya!" bicara hatinya dengan yakin. Dia tahu segala pujaan hatinya, boleh jadi kelam boleh jadi binasa. Mana tidak, hatinya telah dirasuk oleh noda-noda syaitan, yang mahukan kepuasan Duniawi semata-mata. Dia terus memejam mata dan menarik nafas. Terasa rongga-rongganya teransang melihat gadis rupawan tadi. Lama diperhatinya gadis itu. Dan mulalah ia membayangkan sesuatu yang bukan-bukan. Lantas, mindanya tadi terus di awang-awangan. Merindui kepuasan nafsu yang telah lama di benak jiwa yang kotor itu.

Diam-diam dia bersembunyi di sebalik belukar. Tanpa diperasani gadis rupawan tadi. Dia sudah tidak tahan untuk bertindak. Lama sudah dia tidak merasai perawan itu. Dia mahu sahaja meratah seluruh tubuh itu. Dilunas sahaja nafsunya yang membuak-buak itu. Maka, dia terus membaca mentera. Serapah iblis yang bisa memukau.